Pages

Wednesday, February 15, 2017

[KUANTAN] JALAN ROSAK, MENDAP DIBAIK PULIH


Jalan rosak, mendap dibaik pulih


Kesulitan dihadapi Penduduk Taman Perumahan Bukit Rangin 2, di sini susulan masalah jalan rosak dan mendap di kawasan perumahan itu berakhir apabila ia dibaiki pihak pemaju, petang semalam.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Khalil Anwar, 32, berkata, jalan itu laluan utama penduduk untuk keluar ke Jalan Pintasan Kuantan namun keadaannya sebelum ini seperti tidak selamat untuk digunakan.

“Kejadian jalan mendap ini berlaku selepas banjir berkemungkinan struktur culvert atau pembetungnya terjejas jadi kami amat bimbang keselamatan pengguna dan perkara ini tak boleh dibiarkan begitu saja,” katanya.

Beliau berkata, masalah kerosakan jalan itu turut diadukan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akhir Januari lalu.

Sebelum ini Setiausaha KRT taman itu, Hairuddin Idris, 42, turut berharap isu membabitkan jalan di kawasan perumahan terbabit dapat diselesaikan.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, pihaknya menerima aduan penduduk pada 31 Januari lalu.

Menurutnya, semakan mendapati penyelenggaraan jalan itu di bawah tanggungjawab pemaju.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor