Kemasukan pelancong ke Negeri Pahang adalah memberangkan
pada bulan pertama 2017 sempena “Tahun Melawat Pahang 2017”.
Pengurus Besar Pelancongan Pahang Dato’ Ishak Mokhtar
berkata Pelancongan Pahang sedang meningkatkan aktiviti pelancongan berasaskan pantai
memandangkan Pahang mempunyai pantai sepanjang lebih 200 kilometer dari Chendur
hingga ke Rompin.
Ketika bercakap dalam sidang media Balok Wind Challenge,
beliau berkata Tioman Surf Festival telah diadakan pada bulan lepas dan
aktiviti sukan memancing akan turut diadakan Rompin.
Bercakap dalam sidang media yang sama, Pengarah Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Pahang (MOTAC), Datu' Idros Yahya berkata pada
tahun ini Kementerian Pelancongan memberi tumpuan kepada “Pelancongan Eko”.
Menurut beliau Negeri Pahang mempunyai banyak pasaran dalam aktiviti alam sekitar, terutama pantai, dasar laut, gunung serta sungai yang indah serta
udara bersih.
Tumpuan pemasaran adalah terhadap bacaan udara Indek Pencemaran Udara (API) di Kuantan yang berada pada bacaan indek 20 API berbanding dengan Shanghai dan Beijing
berada di sekitar 170-190 API di mana penduduk terpaksa menggunakan topeng
perlindungan jerebu.
Dato’ Idros berkata pelancongan udara bersih turut dikenali
sebagai pelancongan “Cuci Paru-paru” atau “Lung Cleaning Tourism”
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor