Pages

Saturday, February 25, 2017

KERAJAAN RANCANG BINA 500 UNIT RUMAH GENERASI KEDUA


Tengku Razaleigh menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian, di sini.


Gua Musang - Kerajaan merancang membina sebanyak 500 unit rumah untuk generasi kedua Felda dan Kesedar bagi membantu golongan berkenaan mendapatkan kediaman sendiri.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan RM80 juta bagi membina 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) peringkat kedua di daerah ini.

Katanya, menyedari golongan generasi kedua turut berdepan kekangan kewangan dan masih menumpang di rumah orang tua masing-masing, beliau bercadang untuk membina kediaman berkenaan terlebih dahulu.

"Kita sedar masalah yang dihadapi golongan ini dan diharapkan pembinaan ini dapat dilakukan segera, dan boleh siap sebelum pilihan raya akan datang.

"Pembinaan ini mungkin akan dibuat di Dun Paloh bagi meredakan sedikit tekanan mereka dan tidak perlu lagi menumpang di rumah orang tua," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 1& 2, di sini, semalam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor