Kota Bharu - Suasana tenang di Ceramah "Husam Lari dari Debat Baiah" bertukar riuh apabila Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa tiba-tiba muncul di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV itu.
Husam yang tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh sedang memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin Pas yang lain.
Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.
Walau bagaimanapun kehadiran Husam dipentas utama tersebut langsung tidak mengganggu Wan Ismail yang juga pemimpin senior Pas itu dalam melontarkan pendapat dan pengalamannya mengenai isu itu.
Malah beliau juga dengan sinisnya menegaskan tiada siapa pun yang boleh membakar rumah Pas itu selagi ada penghuni tegar di dalamnya.
Keriuhan sorakan penyokong juga tidak hanya berhenti di situ apabila sekali lagi kekecohan timbul semasa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud mula berucap.

Kekecohan tersebut bermula apabila salah seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan datang ke hadapan pentas mencabar bekas Naib Presiden Pas itu berdebat di hadapan mereka.
Keadaan pada awalnya tidak terkawal terutamanya apabila penyokong kedua-dua parti masing-masing bergilir melontarkan cemuhan terhadap pemimpin pihak berlawanan.
Bagaimanapun 5 minit kemudian, keadaan mula kembali tenang dengan bantuan Unit Amal Pas yang bertindak membuat kawalan rapi di depan pentas utama.
Husam dibawa keluar daripada pentas tersebut selepas ada sekumpulan penyokong Pas cuba untuk membuat kecoh di depan pentas dan mahu bersemuka dengan bekas exco kerajaan negeri itu.
Bagaimanapun keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan ceramah tersebut.
Ceramah tersebut dibuat bagi memberi penjelasan mengenai tindakan Husam yang didakwa cuba berdolak dalih dalam menentukan tarikh sebenar perdebatan itu boleh dilangsungkan.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor