ISH ish…apa punya perangai, sanggup tinggalkan anak dalam kawasan perkuburan semata-kerana gila talak. Ini yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditinggalkan di situ sendirian oleh bapanya.
Lebih kejam, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dian Dian ini diikat pada pokok buluh dan ditinggalkan semalaman hinggakan wajahnya menjadi biru akibat kesejukan.
Tangisannya telah mengejutkan penduduk di kawasan berhampiran perkuburan di bandar Lifu, di Sichuan, China.
Bapanya yang kejam itu turut meninggalkan papan tanda yang memaklumkan nama kanak-kanak tersebut adalah Dian Dian manakala bekas isterinya pula adalah Wang.
Selepas kanak-kanak itu dibawa ke balai polis, Wang telah datang menuntut anaknya itu.
Menurut Wang, dia telah berpisah dengan lelaki itu, Luo dengan dia menjaga anak sulung mereka manakala bekas suaminya pula yang telah berkahwin itu memelihara Dian Dian.
Namun malangnya Luo telah ditinggalkan oleh isteri barunya pada tahun baru Cina dan tanpa rasa malu, lelaki itu mahu Wang kembali kepadanya.
Wang bagaimanapun enggan.
Wang percaya, Luo yang tidak mempunyai pekerjaan itu meninggalkan anak mereka di tanah kubur kerana mahu menarik perhatiannya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor