Pages

Tuesday, February 28, 2017

[JERANTUT] PROGRAM PENYARUNGAN BUAH NANGKA JABATAN PERTANIAN JERANTUT



Jabatan Pertanian Negeri Pahang Daerah Jerantut hari ini (22.2.2017) mengadakan satu program Majlis Penyarungan Buah Nangka di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Rengat, Mukim Ulu Cheka Jerantut.

Seluas 161 hekta tanah (keseluruhan) diperuntukkan bagi tanaman buah-buahan dan sayuran dan seluas 14 hekta ditanami dengan buah nangka selari dengan pemilihan tanaman nangka sebagai produk utama bagi negeri Pahang.

Penanaman nangka di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rengat ini sudah diusahakan sejak 10 tahun lalu dan telah mula membuahkan hasilnya.

Menurut En. Faizon Abbas, Pegawai Pertanian Daerah Jerantut antara keunikanTaman Kekal Pengeluaran Makanan Rengat Ulu Cheka ini adalah kemudahan sumber airnya dimana bekalan air disini tidak memerlukan pam sebaliknya dengan kaedah 'feed gravity'.

Program penyarungan buah nangka ini adalah satu usaha Jabatan Pertanian Daerah bagi menggalakkan pengusaha meningkatkan kualiti hasil pertanian dengan menggunakan teknik penyarungan yang lebih baik dalam kawalan serangga perosak berbanding dengan pengunaan racun kimia.

Dato’ Jalaluddin Hj Ghazali yang mewakili Ahli Parlimen dalam ucapan perasmiannya antara lain turut meminta pihak  Jabatan Pertanian meningkatkan kemudahan asas seperti jalan raya dan letrik bagi memudahkan pemasaran hasil pertanian.

Selain itu beliau juga meminta pihak Jabatan Pertanian dapat berkerjasama lebih baik dengan FAMA bagi meningkatkan usaha pemasaran hasil-hasil pertanian.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor