Program pengungsian bangunan perlu dijalankan di bangunan awam supaya penghuni belajar bertindak tenang dan teratur jika berlaku kebakaran.
Penolong Kanan Penguasa Bomba, Cawangan Penyiasatan Zon 2 Pahang, Mohd Arshad Abdullah berkata, hal ini penting supaya mangsa dapat mempastikan jalan keluar keselamatan seperti dirancang.
Menurutnya, melalui latihan dan taklimat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, orang ramai boleh memahami prosedur pengungsian yangs ekali gus dapat memastikan proses itu dilaksanakan dengan cepat dan teratur ketika situasi genting.
"Latihan juga membantu petugas menjalankan tugas dengan betul di samping pihak JBPM dapat mengyji keupayaan bertindak serta keberkesanan alat-alat bomba pada sesebuah bangunan," Katanya selepas program taklinat Firedrill di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, baru-baru ini.
Program tersebut melibatkan semua pegawai kanan Zon 2, Pahang.
Kira-kira 3,000 pelajar terlibat bertindak mengosongkan empat blok asrama UiTM pada jam 1.30 pagi sejurus selepas loceng kecemasan dibunyikan pada jam 11.55 malam.
Program diketuai Ketua Penguasa Bomba Kanan 2, Zon 2 Pahang, Shahrin Yusmar Mat Yusof dan dibantu semua anggota Balai Bomba Bandar Pusat Jengka, di sini.
"Operasi dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Operasi Penyelamatan dan Operasi Pemadaman. Simulasi sebegini dapat memberi latihan kepada penghuni asrama jika berlaku kebakaran dan kecemasan dalam situasi yang sebenar.
"Kita juga mahu memastikan para pelajar mematuhi cara pergerakan keluar dari asrama dengan teratur, mematuhi disiplin turun dengan menggunakan tangga serta mempastikan tanggungjawab ketua aras dan ketua blok dalam menentukan bilangan pelajar," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor