Pages

Wednesday, February 8, 2017

JDT KEMPUNAN KE LIGA JUARA-JUARA ASIA




JDT


Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa menelan kepahitan terkandas di pusingan 'play off' Liga Juara-Juara Asia di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka, semalam.

Beraksi di Stadium Suita City Football, Osaka, Jepun, jelas memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah yang sejak awal menguasai perlawanan.

Gamba Osaka membuka tirai jaringan menerusi Ademilson Braga Bispo Junior pada minit ke-26 dan berselang tiga minit selepas itu, penyerang Shun Nagasawa menambah derita JDT untuk menyumbat gol kedua pada minit ke-29.

JDT yang mendapat sokongan hampir 100 peminat setia 'Boys of Straits' yang hadir di stadium berkenaan cuba untuk bangkit di babak kedua namun Gamba Osaka ternyata berada pada kelas yang tersendiri.

Pemain pertahanan Genta Miura melengkapkan hari cemerlang Gamba Osaka apabila tenang menjaringkan gol ketiga pada minit ke-69 untuk menamatkan cabaran JDT yang terpaksa akur dengan kehebatan lawannya.

Dengan kekalahan itu bermakna JDT akan meneruskan cabaran pada saingan Piala AFC bersama dengan satu lagi wakil negara, Felda United.

Bagi saingan Piala AFC, JDT diundi berada dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Myanmar, Magwe FC; kelab Filipina, Global FC/Loyola Meralco Sparks FC dan pemenang 'play off' di antara kelab dari Laos dan Kemboja.

Felda United pula diundi berada dalam Kumpulan G bersama-sama kelab Vietnam, Hanoi T&T SHB Da Nang; kelab Filipina, Ceres Negros FC dan kelab Singapura, Tampines Rovers FC/Geylang International FC.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor