Ipoh - Pemuda BN Perak menyelar tindakan Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Penasihat DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham kerana lantang mengkritik Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang bersama pekerja am Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengutip sampah di beberapa lokasi sekitar bandaraya sebelum ini.
Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Zambry itu bukan sahaja wajar diberikan penghargaan malah ia turut digunakan sebagai salah satu pendekatan untuk menyelesaikan sebarang masalah.
“Bukan semua pemimpin boleh buat perkara yang dilakukan Zambry dan dipihak Pemuda BN Perak akan menggunakan idea tersebut sebagai sumber inspirasi untuk melakukan perkara sama.
“Kedua, kritikan yang diluahkan Nga (Kor Ming) dan Ngeh (Koo Ham) itu membuktikan bahawa mereka ketandusan idea selain mempunyai pemikiran yang boleh diibaratkan sebagai full of rubbish,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Bangunan Umno Perak di sini, kelmarin.
Sebelum ini, Kor Ming dan Koo Ham menyifatkan tindakan Zambry itu hanya bertujuan mencari publisiti murahan selain Adun Pangkor itu turut dinasihatkan supaya mengutamakan perkara yang lebih serius.
Kenyataan itu bagaimanapun disangkal Zambry dan beliau menyifatkan tindakan berkenaan dibuat semata-mata ingin merasai sendiri kepayahan selain memberi semangat kepada pekerja am MBI dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Menurutnya, kedua-dua pimpinan DAP itu juga seharusnya melihat pencapaian diri masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kritikan terhadap pimpinan BN.
“Sebelum nak kritik orang, lihat diri sendiri dahulu dan tak sepatutnya perkara baik seumpama itu diperbesar-besarkan seolah-olah ianya tidak elok,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor