
Puente Ayala - Seorang wanita ditahan selepas cuba menyeludup teman lelakinya keluar dari penjara.
Menurut laporan Yahoo News, José Antonio Anzoátegui sebelum ini dihukum penjara sembilan tahun lapan bulan kerana mencuri kereta.
Teman wanitanyanya, Antonieta Robles Saouda, 25, melawat beliau dan membawa beg tersebut bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun di penjara.
Antonieta kemudian dilihat 'bersusah-payah' membawa beg tersebut ke dalam bilik penjaranya.
Pegawai penjara yang pelik dengan keadaan tersebut kemudian meminta Antonieta membuka begnya.
Mereka menemui José dalam keadaan baring seperti bayi dan dipercayai cuba diseludup keluardari penjara.
Antonieta bakal didakwa dan anak perempuannya telah diserahkan untuk dijaga oleh badan kebajikan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor