Pages

Wednesday, January 18, 2017

BUKU AKHIRNYA DIPULANGKAN SELEPAS 100 TAHUN


Buku akhirnya dipulangkan selepas 100 tahun


San Fransisco - Sebuah buku yang dipinjam di perpustakaan di sini akhirnya dipulangkan selepas 100 tahun dipinjam lapor The San Fransisco Chronicle.

Buku yang bertajuk 'Forty Minute Late' itu dipulangkan oleh Webb Johnson, cucu kepada Phoebe, wanita yang meminjam buku tersebut pada tahun 1917.

Phoebe dikatakan meminjam buku tersebut di perpustakaan cawangan Filmore yang kini telah ditutup serta beliau juga meninggal dunia seminggu sebelum tarikh pulangan buku itu.

Menurut stesen berita tempatan, buku tersebut dipulangkan kembali semasa program pengampunan perpustakaan di mana orang ramai tidak dikenakan caj sekiranya terdapat tunggakan pemulangan buku.

Bagaimanapun, sebelum ini terdapat kejadian di mana cucu kepada lelaki yang pernah bersekolah di sekolah gereja Hereford memulangkan kembali buku yang datuknya pinjam dari perpustakaan sekolah itu di antara tahun 1986 hingga 1984.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor