Pages

Wednesday, December 21, 2016

SIASAT PENYEBAR BERITA PALSU


Siasat penyebar berita palsu


Ipoh - Umno Bahagian Gopeng menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu di negara ini.

Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, golongan penyebar berita palsu terbabit boleh mencetuskan panik dan mendatangkan kerisauan di kalangan masyarakat.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada menteri terlibat agar diberi perhatian sewajarnya.

“Harap SKMM dapat kesan mereka yang terbabit dan diambil tindakan terhadap mereka dan beri pengajaran kepada yang lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

“Kita bimbang berita palsu dan fitnah ini akan membuatkan rakyat menerima bulat-bulat berita dalam media sosial sebab ia hanya media perantaraan saja dan tidak dapat menentukan kesahihan maklumat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu Negeri Perak dengan kerjasama Rhino Airel Travel and Tour Sdn Bhd (Perak) di Kampung Pengkalan Pegoh.

Mengulas lanjut, Hamzah menambah helah pihak yang cuba melagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja gagal, malah tidak sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam Umno.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor