Pages

Tuesday, December 6, 2016

POLIS MAUT TERJUN KONDO ELAK DICEKUP JAIS


Polis Maut Terjun Kondo Elak Dicekup JAIS


Terdesak mahu melarikan diri, seorang anggota polis dari Balai Polis Bukit Jalil sanggup ‘terjun’ dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah unit kediaman dan menemui seorang wanita di dalam bilik dengan satu tingkapnya terbuka.

Berita Harian melaporkan, wanita tersebut mengakui lelaki yang juga anggota polis itu adalah kekasihnya telah bertindak terjun melalui tingkap akibat bimbang ditangkap penguat kuasa JAIS.

Mangsa dilihat sudah terbaring di bawah pangsapuri berkenaan dan dibawa ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.45 pagi.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, seorang anggota polis cedera selepas terjun dari sebuah pangsapuri di Taman Puchong Perdana.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan kriktikal dan menerima rawatan di hospital berhampiran.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor