Pages

Saturday, December 10, 2016

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN SELFIE & WEFIE SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2016.





Kuantan, 5.12.2016 - Jabatan Penerangan Negeri Pahang mengadakan Malam Ramah-Mesra dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Selfie & Wefie Peringkat Negeri Pahang bertempat di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan seramai 10 orang pemenang pertandingan berkenaan yang diadakan di Jerantut tidak lama dahulu.

Pemangku Pengarah Penerangan, Jabatan Penerangan Negeri Pahang En. Mohamed Lokman b. Mahmud menyampaikan sendiri hadiah-hadiah berkenaan kepada para pemenang dalam majlis makan malam yang diadakan khas untuk meraikan mereka.

Pemenang Pertama Pertandingan Selfie & Wefie Sambutan Hari Malaysia 2016, En. Fazlee b. Abd Rahim menerima hadiah sebuah hamper dan wang tunai berjumlah RM2,000.00.

Naib Johan, Cik Nur Faezah bt. Ismail membawa pulang sebuah hamper dan wang tunai sebanyak RM1,500.00 manakala pemenang ke-3 Cik Nabiela bt. Hanafi membawa pulang hamper serta RM1,000.00.

Pemenang hadiah sagu hati juga turut menerima sebuah hamper dan wang tunai sebanyak RM300.00 seorang setiap satu terdiri dari; 

1. Fatin Syahirah bt Mohg Khir
2. Muhamad Noridhan b. Zainal
3. Mas Ana bt Manaf
4. Nor Salwa bt Mat Nor
5. Nor Amin b Mohamad
6. Nurul Ainin Sofia Atan
7. Muhamad Shahirul Nizam b Shaharin




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor