Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan UMNO dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui Dap.
Presiden UMNO berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.
“Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, semalam.
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya Dap berkuasa.
Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya.
Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
“Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada UMNO, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya
Presiden UMNO turut mengingatkan rakyat syiar Islam dan pengamalannya akan diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah sekali gus membangkitkan rasa risau, sakit hati dan marah dalam kalangan umat Islam.
Najib berkata perkara itu tidak mustahil apabila Perlembagaan Dap langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak menjunjung institusi Raja-Raja Melayu, malah tiada komitmen untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
Lebih membimbangkan, katanya, kewujudan institusi-institusi berkaitan Melayu Islamseperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji; Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar.
“Inilah janji-janji yang ditepati dan bukti-bukti khidmat kerajaan indukan UMNO dan BN kepada rakyat dengan sentiasa istiqamah serta wasatiyyah dalam menghargai semua golongan, tanpa mengira bangsa serta agama,” katanya.
Najib memberi jaminan kerajaan diinduki kepimpinan UMNO akan terus berlaku adil dan menjamin hak serta kepentingan masyarakat bukan Islam selari dengan yang termaktub dalam perlembagaan.
Katanya berbeza dengan Dap, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat prihatin terhaDap setiap keluhan rakyat terutama dalam meringankan kos sara hidup rakyat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor