Pages

Monday, December 5, 2016

PAS TAK PEDULI DIGELAR MAKAN DEDAK DEMI ISLAM - IDRIS


pix


Kuala Lumpur – PAS tidak ambil peduli dengan pelbagai gelaran yang dilemparkan ke atas parti itu oleh penyokong Pakatan Harapan kerana mengadakan perhimpunan membantah kekejaman ke atas etnik muslim Rohingya bersama UMNO semalam.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAS bukan parti budak- budak yang boleh dicucuk hidung walaupun digelar sebagai parti makan dedak dan sebagainya oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

“PAS mengambil pendekatan Muwajahah Silmiah. Jalur dakwah dan jalur politik. Orang yang mengukur PAS dengan jalur politik tidak akan temui jawapannya. PAS bergerak dan bertindak atas panduan Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu memerintah negara ini pernah memperkenalkan Program Islamisasi untuk menarik ramai menyertai UMNO.

Malah, katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan badan dakwahnya pada waktu itu turut menyertai UMNO kerana terlalu kagum dengan Mahathir sedangkan PAS tidak percaya dengan Program Islamisasi Mahathir tersebut.

Kata beliau, macam- macam seminar seperti Siasah Syariyyah dan Maqasid Syariah dibuat oleh Mahathir untuk menghalalkan penyertaan Anwar ke dalam UMNO waktu itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor