Pages

Wednesday, December 28, 2016

[MARAN] LAPORAN RUMAH ROSAK DENGAN GAMBAR


Laporan rumah rosak dengan gambar


Bermula tahun hadapan sebarang laporan berkaitan rumah lama, usang dan yang rosak yang memohon untuk dibaik pulih perlu dilampirkan dengan gambar supaya nilai dan peruntukan dapat disediakan mencukupi.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, laporan tanpa gambar sebagai sokongan itu hanya akan menyulitkan pihak berkuasa untuk menyediakan peruntukan.

"Bukan kerajaan tidak percaya dengan laporan jawatankuasa tertinggi kampung atau pemimpin setempat, tetapi ia ada baiknya demi melancarkan kerja kerja penyaluran peruntukan.

"Lagipun langkah tersebut membolehkan pihak berkuasa menyediakan peruntukan yang cukup jika rumah rumah terbabit rosak teruk," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di kampung Nyuk Kertau Chenor Seberang, semalam.

Ismail berkata, kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi kerja-kerja pembaikan rumah dalam memberikan kediaman selesa kepada rakyat.

"Masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan membaikpulih rumah, oleh itu saya berharap JKKK dan pemimpin setempat dapat mengemukakan laporan yang lengkap tentang bilangan rumah lama, usang yang perlu diperbaiki itu supaya proses bantuan dapat dipercepatkan," katanya lagi.

Ketua Umno Bahagian Maran itu berkata, kerajaan mahu melihat rakyat hidup dalam aman, selesa dan kebajikannya sentiasa dijaga bagi mengelakkan rakyat susah dan menderita sepertimana rakyat di sesetengah negara bergolak.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor