Jakarta - Seorang lelaki yang berumur 54 tahun dinamakan Slamet Hari Natal atau 'Merry Christmas' dalam bahasa Inggeris kerana lahir pada 25 Disember.
"Ya, itu nama saya," kata Slamet dipetik laporan Tribun News.
Slamet juga menunjukkan kad pengenalannya yang tertulis nama penuhnya itu.
"Sepatutnya Selamat Hari Natal, tapi sebab kami Jawa, ia jadi Slamet.
"Ibu bapa saya tak mahu fikir banyak tentang nama saya, jadi mereka namakan saya sebegitu," jelas Slamet.
Slamet mempunyai seorang kakak bernama Mujiati.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor