Pages

Wednesday, December 7, 2016

HANTAR 500 BUNGKUS SAMPAH SEBAGAI BALAS DENDAM


Hantar 500 Bungkus Sampah Sebagai Balas Dendam


Seorang lelaki berusia 40 tahun di Tokyo, Jepun bertindak membalas dendam kepada pembulinya dengan menghantar lebih daripada 500 bungkusan sampah kepada mereka.

Menurut laman BBC, suspek bernama Shigeta Miura yang bekerja sebagai pensyarah didakwa atas kesalahan menghantar bungkusan mengandungi daun teh busuk, sampah dan seluar dalam wanita sebanyak 70 kali sejak setahun lalu


.


“Lebih 500 bungkusan sampah dihantar kepada empat individu yang pernah bersekolah di sekolah rendah dan kumpulan pengakap lelaki bersamanya,” lapor media Jepun.

Jelas Miura kepada pihak polis tempatan negara itu, bungkusan sampah berkenaan dihantar kepada individu-individu terbabit bertujuan untuk membalas dendam kerana pernah membulinya suatu ketika dahulu.

Malah difahamkan Miura telah menghantar bungkusan sampah berkenaan dalam bungkusan yang tidak ditampal setem, meletakkan nama individu-individu ‘dikehendakinya’ sebagai nama pengirim.

Dia kemudian meletakkan alamat secara rawak memandangkan bungkusan itu tidak mempunyai setem maka akan dihantar semula kepada pengirimnya.

Akibat tindakannya itu, Miura telah didakwa melanggar perintah ketenteraman awam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor