Pages

Tuesday, December 20, 2016

GESA POLIS AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENCERAMAH


PDRM


Bukit Mertajam - Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya di sini hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Ketua Biro Dakwah dan Penerangan Surau itu, Jamsari Samad berkata, pihaknya mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penceramah itu kerana tindakannya juga dilihat seperti menghasut orang ramai agar membenci institusi berkenaan.

"Kebelakangan ini banyak pihak tertentu yang mula mengkritik sistem kesultanan di negara ini dengan memuat naik dalam laman sosial.

"Perkara itu kalau tidak dibendung boleh mendatangkan suasana tidak baik," kata Jamsari kepada pemberita.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor