Pages

Monday, December 19, 2016

DUA DITAHAN BUAT TUNTUTAN PALSU RM132,000


SPRM


Kota Bharu - Seorang pengurus syarikat swasta berusia 49 tahun dan rakannya berusia 45 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berhubung tuntutan palsu melebihi RM132,000. 

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusoff berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di pejabat masing-masing di sini, pada 2 petang semalam. 

"Penahanan dua individu itu berkaitan tujuh dokumen invois tuntutan palsu yang dibuat kepada jabatan kerajaan. 

"Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan pada hari yang sama dengan jaminan RM10,000 seorang dengan seorang penjamin," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor