Ipoh – Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mansor Ahmad parah manakala isterinya cedera ditetak sekumpulan perompak di rumahnya di Taman Meru Height, di sini, semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, dia bersama isteri dan anak perempuannya dipercayai sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi kumpulan perompak menunggang motosikal.
Anak perempuannya yang enggan dikenali berkata, enam lelaki berkenaan kemudiannya terus masuk ke dalam kawasan rumah sebelum menetak bapanya yang berada di perkarangan rumah berdekatan kereta.
Katanya, dia kemudiannya terus menutup pintu rumah sebelum seorang daripada perompak berkenaan menendang pintu sehingga terbuka.
“Saya diacukan parang oleh perompak berkenaan sebelum mereka mengarahkan saya menunjukkan barang berharga di tingkat atas.
“Mereka kemudiannya melarikan diri bersama beberapa barangan termasuk kunci kereta dan kunci pintu pagar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor