Pages

Wednesday, December 21, 2016

BAYI MAUT DIMAKAN TIKUS KETIKA IBU KELUAR BERPESTA


tikuss


Johannesburg – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut setelah dimakan hidup-hidup oleh seekor tikus gergasi selepas mangsa ditinggalkan ibunya seorang diri di rumah.

Dalam kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan miskin di East Rand, dekat ibu negara Afrika Selatan, ibu mangsa pada ketika itu sedang sibuk hadiri parti tidak menyedari anaknya telah ‘rakus’ dikerjakan haiwan berkenaan.

Menurut Dailymail, insiden itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menggesa ibu berusia 26 tahun tersebut ‘mereput dalam penjara’ dan kini wanita terbabit ditahan pihak polis atas tuduhan berlaku cuai dalam menjaga anak.

Bagaimanapun kembar mangsa yang merupakan bayi lelaki terselamat daripada menjadi mangsa bahaman tikus tersebut kerana ibunya turut membawa dia bersama ke parti berkenaan.

Mengulas tentang kejadian tersebut, seorang jiran wanita itu berkata, bayi perempuan berkenaan mati dalam keadaan yang amat menyakitkan.

“Lidah, mata dan jari bayi itu habis dimakan oleh tikus.

“Selain anggota badan yang hilang, mayatnya yang masih tinggal turut mempunyai kesan gigitan dan kesan luka dari gigi tikus. Wanita itu mesti mereput dalam penjara. Dia tidak layak jadi ibu‘, katanya.

Anak perempuan kepada pemilik rumah yang disewa ibu itu berkata: “Satu-satunya benda yang disukai oleh wanita itu adalah keluar berpesta. Dia mula menyewa pada awal tahun ini,” kata Noluthando Mthashali.

Tuan rumah, Sesi Mtshali pula berkata: “Di sini memang ada banyak tikus. Wanita itu tinggalkan bayi-bayinya sendirian sepanjang malam sehingga bayi-bayi itu menangis sampai tertidur sendiri.


Pegawai polis Kathelong, Kapten Mega Noble mengesahkan penahanan wanita tersebut yang dipercayai keluar berparti sehingga mabuk ketika kejadian dan meninggalkan anaknya seorang diri.

“Saya juga mengesahkan bayi perempuan itu maut akibat dimakan tikus dan ibu mangsa akan didakwa di atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak. Kes ini akan didengar di mahkamah tahun depan,” katanya.

Ini bukan kali pertama kes bayi dimakan tikus berlaku di kawasan Afrika Selatan. Pada 2011, seorang bayi lelaki mati dimakan makhluk itu di luar Cape Town ketika dia sedang tidur di atas lantai bersama ibu bapanya.

Pada tahun yang sama, seorang lagi bayi dimakan hidup-hidup di Soweto ketika ibunya sedang keluar bersama rakan-rakan.

Sebulan sebelum itu, seorang warga emas, Nomathemba Joyi, 77, maut apabila seekor tikus gergasi memakan kawasan mukanya ketika dia sedang tidur.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor