Orang yang bijak sentiasa memikirkan masa depan kerana mereka sedar hidup tidak selalu indah. Ada masa senang dan pada masa yang lain ditimpa kesusahan.
Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa beringat dan menyediakan pelan perancangan hidup dari pelbagai sudut.
Sebaliknya, masih ramai yang tiada perancangan untuk masa depan mereka. Mereka hanya menjalani hidup sehari-hari sehingga tiba-tiba jatuh sakit, terlibat dalam kemalangan, hilang upaya atau berlaku kematian secara mengejut.
Mengapa harus menunggu sehingga mendapat musibah baru hendak beringat dan bertindak? Bukankah lebih baik sekiranya anda sudah menyediakan perancangan kewangan untuk kesihatan, pendidikan anak-anak, membeli aset, pelan perlindungan dan simpanan untuk hari tua?
Bermacam-macam alasan diberi, mengapa mereka tidak merancang dan mengambil pelan takaful yang mampu melindungi serta memberi manfaat kepada peserta agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ditimpa musibah.
Seorang yang tidak pernah sakit beranggapan dia akan sentiasa sihat. Atas alasan itu, dia tidak mengambil pelan perlindungan takaful yang menawarkan kad perubatan.
Setelah disahkan menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan barulah dia sedar jika ada pelan takaful dia tidak akan terbeban dengan kos perubatan yang tinggi. Semuanya akan ditanggung oleh takaful. Lebih penting lagi, takaful perubatan perlu diambil sebelum anda sakit.
Jika sudah sakit, anda mungkin tidak layak untuk ambil takaful atau caruman yang dikenakan akan menjadi sangat mahal.
Dalam situasi lain pula, seorang dilahirkan dalam keluarga berada sukar memahami betapa pentingnya mempunyai pelan perlindungan takaful perubatan kerana mereka mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Disebabkan itu, dia tidak mengambil pelan takaful sedangkan harta kekayaan boleh berkurangan atau hilang tanpa disangka. Lebih teruk lagi, jika terpaksa mengubah gaya kehidupan kepada kurang selesa akibat tiada perancangan teratur.
Bagi seorang pekerja pula alasan mereka tidak mengambil takaful adalah kerana majikan sudah menyediakan kad perubatan. Malah ahli keluarga terdekat juga mendapat kemudahan itu, jadi tiada keperluan untuk itu.
Namun perlu difahami bahawa kad perubatan untuk pekerja mempunyai had limit yang berbeza dan biasanya mengikut jawatan.
Sekiranya kos rawatan melebihi had yang diperuntukan, staf tersebut perlu membayar lebihan caj tersebut.
Akibatnya mereka perlu mengeluarkan wang sendiri yang pastinya akan mengurangkan wang simpanan yang dikumpul sejak bertahun-tahun sehingga perlu mencari sumber lain termasuk meminjam atau menjual aset yang dimiliki.
Sebaiknya, anda perlukan pelan takaful yang menyediakan pampasan yang secukupnya sebagai perlindungan pendapatan anda serta kebajikan keluarga anda.
Tambahan pula, mati tidak mengira tua atau muda, jangan jadikan faktor usia alasan bagi mengelak daripada membuat perancangan dan mengambil tindakan.
Fikirkan nasib waris atau tanggungan yang perlu meneruskan hidup mereka tanpa anda. Oleh itu, perlu ada pelan takaful yang menyediakan pampasan kematian sebagai perlindungan pendapatan untuk mereka apabila anda tiada lagi.
Jangan jadikan hutang sebagai alasan atau bertangguh mengambil takaful. Realitinya, hari ini semua orang sanggup berhutang untuk membeli rumah, kereta, melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
Pengurusan kewangan yang baik amat perlu supaya hutang dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan dan tidak membebankan peminjam.
Jika anda mengambil takaful, anda tidak perlu risau sekiranya sesuatu berlaku terhadap diri anda. Pampasan kematian atau hilang upaya yang diterima boleh dijadikan sebagai dana untuk menyelesaikan hutang-hutang anda. Selain itu, kebajikan keluarga anda juga terpelihara.
Mempunyai komitmen kewangan untuk pelaburan merupakan satu lagi alasan untuk tidak mengambil takaful. Sebaliknya jika mempunyai pelan takaful berkaitan pelaburan dapat memberi perlindungan kepada peserta untuk menghadapi perkara di luar dugaan serta membantu mencapai matlamat pelaburan.
Pelan takaful ini memperuntukkan caruman yang tinggi bagi pelaburan dan dalam masa yang masa melindungi peserta. Ini bermakna, pelaburan anda akan berterusan walaupun anda dilanda musibah.
Jika takut adanya unsur-unsur penipuan oleh wakil atau pengendali takaful menyebabkan anda tidak mahu mengambil takaful, anda perlu bersikap lebih proaktif. Sudah banyak laporan mengenai pemegang sijil yang tidak mendapat pampasan seperti yang dijanjikan atau tidak dapat menuntut kos perubatan mereka.
Apabila disiasat, pemegang sijil tidak sedar yang pelan mereka sudah terbatal akibat terlepas membuat caruman beberapa bulan atau tuntutan yang dibuat termasuk dalam penyakit atau keadaan yang tidak dilindungi oleh pelan takaful tersebut.
Dapatkan penerangan yang jelas dan terperinci daripada ejen takaful sebelum membuat keputusan untuk mengambil mana-mana pelan takaful.
Fahami dengan betul semua syarat yang ditetapkan di dalam sijil agar tidak timbul masalah apabila anda ingin membuat tuntutan kelak.
Anda juga sepatutnya memahami keperluan perlindungan anda dan membuat kajian sendiri sebelum menandatangani borang permohonan.
Pelbagai alasan akan diberi oleh mereka yang belum terbuka hatinya untuk mengambil pelan takaful. Namun kelebihan dan manfaat mempunyai pelan perlindungan takaful adalah lebih besar dan menjamin masa depan anda dan orang yang tersayang.
Sila layari laman web kami di www.greateasterntakaful.com atau facebook.com/greateasterntakaful
Artikel ini dibawakan oleh Great Eastern Takaful
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor