Pages

Wednesday, December 14, 2016

AKHBAR MOHON MAAF, SAMAN FITNAH RAMLI YUSOFF SELESAI


ramli-yusuf


Kuala Lumpur – Kes saman fitnah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff terhadap empat syarikat penerbitan akhbar selesai selepas syarikat penerbitan itu mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf itu direkodkan dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, dengan dihadiri peguam Bhag Singh dan Ammar Ghalip mewakili The Star, manakala peguam Harvinderjit Singh bertindak bagi pihak Ramli.

Empat syarikat penerbitan yang mengemukakan permohonan maaf itu ialah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Star Publication (Malaysia) Bhd, Sabah Publishing House Sdn Bhd dan The Borneo Post.

Mahkamah juga memerintahkan NSTP membayar kos RM120,000 kepada Ramli sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap tuntutan plaintif, The Star diperintahkan membayar kos RM60,000 manakala Sabah Publishing House dan The Borneo Post masing-masing diperintahkan membayar kos RM20,000.

Ramli, 64, yang kini seorang peguam, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2013 dengan mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan pelbagai laporan berita yang telah menjejaskan reputasi dan keperibadiannya.

Plaintif mendakwa, laporan tersebut secara langsung dan tidak langsung telah menggambarkan beliau sebagai seorang anggota polis yang mempunyai harta berjumlah RM27 juta secara haram dan telah menyalahgunakan kuasanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor