Bihar - Seorang wanita tidak sedarkan diri selepas dipukul 25 orang lelaki kerana percaya dia bersalah membunuh suaminya.
Usha Devi, 45, diserang di kampunnya di Samastipur, Bihar utara India selepas disyaki membunuh suaminya.
Usha berada di rumahnya bersama anaknya ketika dia diserang sekumpulan lelaki yang masuk ke rumahnya dan mengheretnya keluar.
Dia kemudian dipukul 25 orang lelaki sehingga pengsan.
Hampir 100 orang melihat kejadian itu, namun tiada siapa yang campur tangan untuk membantu wanita itu.
Penduduk kampung mengesyaki wanita itu telah membunuh suaminya Ashok Paswan, 50, selepas dia menghadapi keganasan rumah tangga.
Usha dikejarkan ke hospital Sadar di Samastipur untuk menerima rawatan.
Sementara itu, Timbalan Penguasa polis Bihar, Tanveer Ahmed berkata, pihakya sedang menyiasat kejadian berkenaan.
"Kami tahu pasangan suami isteri tersebut bergaduh sebelum pergaduhan itu bertukar menjadi ganas, wanita itu memukul suaminya dengan kayu sehingga mati. Kami sedang menunggu laporan bedah siasat.
"Wanita itu kini dirawat di hospital dan apabila dia pulih, kami akan meneruskan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita itu dan sekumpulan perusuh berkenaan jika perlu," katanya dipetik Metro.uk.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor