Ipoh - Umno kekal konsisten dalam arena politik negara kerana mempunyai kekuatan sokongan daripada peringkat akar umbi.
Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, komponen akar umbi amat penting dan menjadi penyelamat kepada krisis kepimpinan yang berlaku di dalam parti.
"Sejak Umno ditubuhkan parti ini sering pecah di atas (pemimpin) tapi sejarah membuktikan setiap kali berlaku cabaran sedemikian Umno akan tampil lebih kuat dan bersiap sedia dalam mengukuhkan sokongan akar umbi.
"Begitu juga diperingkat akar umbi, mereka sangat memahami bahawa yang nak dipertahankan itu adalah kapal (parti) bukan nakhoda (pemimpin)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau tidak memandang enteng krisis atau cabaran yang melanda Umno pada ketika ini selain percaya ia akan menjadi peringatan demi memastikan parti lebih kukuh menjelang PRU14.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor