Pages

Saturday, November 12, 2016

SPRM NAFI PEGAWAI LAKUKAN PENDERAAN SEKSUAL


SPRM


Shah Alam - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kes penderaan seksual yang melibatkannya.

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, polis telahpun menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang mula tersebar di laman sosial facebook itu dan dapati ia adalah tidak benar.

Menurutnya, pihaknya amat prihatin dengan segala pandangan serta luahan masyarakat khususnya melibatkan pegawainya.

“Bagaimanapun, kita menyeru supaya orang ramai agar tidak mudah memepercayai segala tohmahan yang dimuatnaik ke laman media sosial.

“Sepatutnya, mereka perlu tampil kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi memastikan kesahihan berita itu,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil bagi pihaknya apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu-isu rumah tangga pegawai-pegawai dengan SPRM.

Tambahnya, SPRM sentiasa terbuka kepada orang ramai dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati mana-mana pegawainya melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Susulan dakwaan tersebut, satu laporan polis akan dibuat ke atas akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung isu berkenaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor