Waris pekebun kecil menghargai bantuan dihulurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) melalui Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil Risda (TKKPR) selepas kematian ahli keluarga mereka.
Seorang waris, Sukar Man, 39 dari Kuala Semantan berkata, arwah ibunya, Robiah Mat Diah, 65, merupakan seorang pekebun kecil yang meninggal dunia dua bulan lalu.
Mewakili pihak keluarga, dia datang menerima cek bernilai RM2,000 yang diserahkan Pegawai Risda daerah bagi meringankan beban keluarganya.
“Ibu saya penoreh getah. Arwah sakit kena jangkitan kuman di paru-paru beberapa bulan sebelum meninggal dunia. Arwah masih menoreh walaupun sakit. Tapi, semakin lama dia kerap batuk sebelum penyakitnya jadi lebih teruk dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh dan meninggal di sana,” katanya.
Sementara itu, Munah Mat, 49, dari Felda tersang berkata, arwah suaminya Aliasa’a Jabal, 65, meninggal dunia pada Mei lalu selepas diserang strok.
“Bantuan dihulurkan pihak Risda ini sedikit sebanyak bantu saya sara tiga anak kami dan meneruskan kehidupan dengan bekerja sendiri,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor