
Tokyo - Sebuah lubang gergasi muncul tiba-tiba di tengah bandar Jepun semalam, 'menelan' lima lorong jalan raya berhampiran stesen kereta api utama negara itu.
Lubang berukuran kira-kira 20 meter panjang dan 15 meter lebar itu berlaku di bangunan berdekatan, di persimpangan lampu isyarat di selatan bandar Fukuo, sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan).
"Keadaan ketika itu masih gelap dan tanggapan pertama saya adakah jalan raya runtuh. Selepas melihat lebih dekat terdapat dua lubang besar dan ia semakin besar," menurut saksi.
Difahamkan, lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat dan dipenuhi air dari paip pecah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor