DSDR Adnan Yaakob, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang mengalu-alukan tindakan NUJ memulaukan semua kegiatan UMNO Pahang ekoran kononnya menghalau keluar wakil media yang hadir semasa Konvensyen UMNO Negeri Pahang pada hari semalam, 19 November 2016.
Jelas tindakan NUJ dibuat setelah mendengar cerita hanya sebelah pihak.
Konvensyen tersebut dijalankan secara tertutup supaya peserta boleh memberikan pendapat secara telus dan terus terang.
Semasa Pengerusi Perhubungan memberikan ucapan mengalukan Naib Presiden DSri Hishamuddin yang hadir dan merasmikan Majlis Penutupan, beliau nampak kehadiran wakil media dan menegur kehadiran mereka dengan menyatakan konvensyen itu diadakan secara tertutup.
Beliau minta wakil media bertemu dengan beliau selepas Majlis untuk dapatkan penjelasan. Tetapi tidak ada seorang pun wakil media yang memberi isyarat tanda bersetuju.
Pihak peserta Konvensyen bersorak ramai menghalau wakil media keluar meninggalkan majlis. DSDR Adnan telah menyabarkan mereka dan menyatakan wakil media tidak perlu dihalau keluar. Semua ini direkodkan melalui kamera video yang membuat liputan Konvensyen.
Untuk rekod, sejak DSDR dilantik sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan, wakil media sentiasa dilayan bukan saja dengan baik, bahkan diberikan layanan sangat istimewa.
Mereka diberikan meja dan makanan istimewa selepas meja Kenamaan. Jika NUJ bertindak adil, ianya sepatutnya mendapat penjelasan dari pihak UMNO Pahang.
Tetapi malangnya, ianya tidak berlaku sebab mereka bukan pengamal undang-undang tetapi wakil media.UMNO Pahang bersedia diboikot oleh NUJ.
Yang penting UMNO Pahang jangan diboikot oleh rakyat. Setakat ini UMNO dan BN Pahang masih mengekalkan sokongan 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri hasil sokongan majoriti rakyat.
"Minta maaf bercakap. Kalau sokongan NUJ jadi ukuran kepada sokongan terhadap UMNO dan BN, PRU 2008 dan PRU 2013 menampakkan hasil sebaliknya.
"Teringat pula keputusan Pilihan Raya Presiden di Amerika antara Trump dan Clinton yang semua orang tahu media mana yang dipilih rakyat Amerika," jelas satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Yang penting Konvensyen yang diadakan telah berjaya mencapai matlamat sepenuhnya samada dari perspektif kehadiran, isi perbahasan dan komitmen semua peringkat kepimpinan UMNO Pahang ke arah menghadapi PRU ke 14 yang menjadi Tema Konvensyen.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor