Pages

Sunday, November 27, 2016

KARTUNIS ZUNAR DITAHAN REMAN SEHARI



zunar-arrested

Georgetown: Polis menahan reman kartunis Zunar selama sehari bagi membantu siasatan berhubung kes hasutan.

Pembantu Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Harith Mohd Mazlan membenarkan perintah tahanan reman dikenakan terhadap Zunar.

Peguam Ramkarpal Singh Deo yang mewakili Zunar berkata anak guamnya itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Semalam, Zunar ditahan di balai polis susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail.

Norhiesam berkata tindakan Zunar menggambarkan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan tidak elok, tidak boleh diterima.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque Jumaat lalu mendakwa kira-kira 30 individu yang cuba menyerangnya ialah ahli Umno, dan pamerannya di Komtar terpaksa dibatalkan atas alasan keselamatan.

Zunar sepatutnya mengadakan pameran karyanya di Komtar sehingga hari ini


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor