Pages

Wednesday, November 23, 2016

BAYAR BIL PEMBERSIHAN, KALAU TAK DBKL SAMAN BERSIH, BAJU MERAH


amin-nordin


Petaling Jaya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur himpunan Bersih 5 dan Baju Merah jika mereka gagal membayar bil pembersihan yang akan dikeluarkan.

Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL kini sedang mengumpul bukti kekotoran akibat kedua-dua himpunan itu pada 19 November.

“Kami sedang menilai kos pembersihan dan kerosakan harta awam yang disebabkan peserta Bersih 5 dan Baju Merah.

“Kami juga menunggu penilaian Alam Flora, berapa banyak kali mereka terpaksa mengangkat sampah yang dikutip kumpulan Bersih,” katanya kepada FMT.

Amin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sampah yang ditinggalkan peserta di beberapa bahagian di kawasan pusat bandar.

Beliau berkata DBKL menjangkakan siasatan akan lengkap pada hujung minggu ini.

“Sebaik saja semua maklumat dikumpul, kami akan keluarkan bil kepada penganjur.

“Jika gagal membayar bil mereka, kami akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor