Pages

Wednesday, October 12, 2016

YANG KENA TENDANG PENJAGA STOR, BUKANNYA POLIS


Datuk Abdul Samah Mat


Shah Alam - Dakwaan yang mengatakan bahawa seorang peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang oleh ahli Baju Merah baru-baru ini merupakan anggota polis adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menafikan perkara tersebut malah beliau memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan seorang penjaga stor di sebuah agensi kerajaan.

“Siasatan masih dijalankan buat masa ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, beberapa laman sosial dan portal mendakwa bahawa lelaki yang ditendang kumpulan baju merah dalam siri konvoi Bersih 5 baru-baru ini merupakan seorang anggota polis.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi telah diserang dan ditendang oleh kumpulan baju merah ketika konvoi berkenaan yang berlangsung Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Abdul Samah memaklumkan bahawa bagi kes tersebut, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor