Pages

Sunday, October 2, 2016

TIDAK PERLU PERTIKAI RUU 355


Dewan Rakyat


Shah Alam - Semua pihak sepatutnya tidak mempertikai cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ini kerana menurut Pengerusi gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Shahrin Awaludin, pindaan tersebut hanya bertujuan untuk meningkatkan kedudukan Mahkamah Syariah.

"Kami memandang berat polemik yang terus berlaku berkaitan cadangan pindaan RUU itu.

"Adalah sangat wajar dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak bahkan wajar disokong oleh semua pihak," katanya dalan kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pertikaian yang berlaku mungkin berpunca pada kaedah dan cara RUU tersebut diusulkan di Dewan Rakyat dan kandungan yang masih belum jelas sepenuhnya.

Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan semua pihak berbincang mencari jalan terbaik memastikan RUU 355 tersebut bukan hanya diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi memberi impak positif kepada pembinaan masyarakat.

"Pelaksanaan undang-undang mestilah berdasarkan prinsip keadilan serta dilihat berlaku adil (justice is not only done but seen to be done).Pelantikan hakim-hakim yang mencukupi dan terlatih serta kedudukan dan kapasiti kakitangan Mahkamah Syariah perlu dinaik taraf.

"Kami juga merasakan ada keperluan terhadap pindaan kepada Undang-undang Keterangan dan Tatacara Jenayah yang berkaitan. Malah kefahaman tentang perundangan Islam dan Maqasid Syariah di kalangan semua lapisan masyarakat melalui pelbagai media dan saluran juga perlu dipertingkatkan," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor