Pages

Monday, October 24, 2016

SITI KASSIM 'BUAT HAL' LAGI...


Siti Kasim 'buat hal' lagi...


‎Kuala Lumpur - Satu demonstrasi aman tolak Rang Undang-Undang Pindaan 355 (RUU 355) yang diketuai oleh peguam, Siti Kasim diadakan di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi.

Demonstrasi dihadiri seramai 10 orang itu turut membawa sepanduk yang mengecam RUU 355.

"Tolak RUU 355, jangan hancurkan Islam dengan interpretasi salah," antara tulisan yang tertera di sepanduk tersebut.

Sementara itu menurut, Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim berkata, demonstrasi itu diadakan atas prinsip individu dan tidak melibatkan NGO mahupun orang berkepentingan.

"Ini baru 'sesi panas badan'. Nanti kita dalam perancangan untuk menyerahkan memorandum menolak RUU 355 mungkin di akhir persidangan Dewan Rakyat nanti," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Siti Kasim mendakwa, dia menolak RUU 355 kerana tidak mahu rakyat Malaysia 'tertindas'.

"Kami ingin tegaskan versi pengubalan RUU 355 sama ada Pas, Amanah, pindaan ini tidak perlukan perubahan," katanya.

Katanya,apa yang penting adalah memperkasakan undang-undang yang sedia ada bukan meminda RUU 355.

"Tolak RUU 355 mudahkan proses, seperti mudahkan proses tuntutuan nafkah ibu tunggal," katanya.

Sebelum ini Siti Kasim turut pernah mencetuskan kontroversi dengan menolak RUU 335 ketika Wacana Sinar Harian bertajuk ‎"Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf dengan bertanya soalan panas dan menunjukkan aksi tidak sopan kepada panelis.

Menurutnya, sekiranya RUU tersebut diluluskan, secara automatik hukum hudud di Terengganu dan Kelantan akan terlaksana.


1 comment:

  1. Cadangan tidak bijak Siti Kassim sebelum ini bagi membolehkan pihak gereja Evangelist mensyirikkan kalimah ALLAH pun sudah menghancur lumatkan akidah mana mana orang yg mengaku berugama Islam yg turut sama bersetuju dengan cadangan tidak siuman beliau itu.

    Sekarang beliau sedang cuba untuk mendalamkan lagi kesesatan yang ada.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor