Pages

Sunday, October 16, 2016

PENGUNJUNG TIDAK PEDULI AMARAN APM


Pengunjung tidak peduli amaran APM


Telok Kemang - Segelintir pengunjung pantai dilihat masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Port Dickson berkenaan bahaya beriadah di pantai berikutan ombak luar biasa besar melanda kawasan itu sejak jam 6 petang tadi di Pantai Telok Kemang.

Pegawai Pertahanan Awam APM Port Dickson, Leftenan Muda (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, anggotanya yang bertugas di kawasan pantai telah mengeluarkan arahan dengan membunyikan siren dan mengibarkan bendera merah sebagai tanda bahaya beriadah di pantai.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan agar pengunjung naik ke darat dan meninggalkan gigi air kerana keadaan pantai yang berombak besar dan boleh membahayakan nyawa.

"Namun, walaupun arahan telah dikeluarkan termasuklah anggota datang terus mendekati pengunjung yang berada di pantai, mereka tidak mengendahkan arahan berkenaan," katanya


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor