MIAMI - Seorang lelaki 68 tahun dari Miami Golden Beach terkejut besar apabila mendapati isteri yang baru dikahwininya berusia 24 tahun itu dari Jacksonville adalah sebenarnya cucu kandungnya.
Pasangan yang baharu tiga bulan melangsungkan perkahwinan itu menyedari perkara berkenaan selepas melihat album gambar milik lelaki itu yang enggan namanya didedahkan kepada media.
Album gambar berkenaan itu menyimpan foto anak perkahwinan pertama lelaki itu dan salah seorang daripadanya adalah bapa kandung kepada isterinya itu.
Menurut lelaki berkenaan, dia berpisah dengan anak-anaknya itu selepas bekas isterinya meninggalkannya dan membawa kesemua anaknya berpindah ke lokasi yang tidak diketahui.
"Sejak itu, saya tidak bertemu mereka," katanya sambil mendakwa turut pernah mengupah penyiasat persendirian bagi mengesan lokasi bekas isteri serta anak-anaknya namun gagal.
Lelaki itu kemudiannya berkahwin lain dan dikurniakan beberapa anak namun bercerai pada tahun 2009 yang turut memberi impak pada kewangan lelaki itu.
Bagaimanapun, pada tahun 2011, nasib lelaki itu berubah selepas memenangi loteri dan berpindah dari pangsapuri kecil kepada rumah mewah.
Dia kemudian berkahwin semula dengan seorang gadis yang dikenalinya melalui agensi mencari jodoh dan tidak menyangka gadis itu adalah merupakan cucunya.
"Saya berasa pelik apabila melihat fotonya seperti seseorang yang dikenalinya, sesuatu seperti deejavu, namun saya gagal mengecamnya," katanya
Selepas beberapa kali bertemu, mereka akhirnya berkahwin.
Menurut gadis itu, keluarganya tinggal di Montgomery dan sudah tidak berhubung dengan keluarganya itu sejak beberapa tahun lalu sejak dia dihalau keluar selepas bertengkar dengan bapanya.
"Apabila saya melihat foto bapa dalam album berkenaan, saya terkejut," kata gadis itu
Bagaimanapun, pasangan itu tidak menfailkan penceraian dan berjanji akan memastikan perkahwinan itu berjaya.
"Jika kami tidak mengetahui hakikat sebenar, kami akan hidup gembira, dan walaupun kini kami mengetahuinya ia tidak akan mengubah apa-apa," kata lelaki itu dipetik Florida Sun Post.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor