Pelajar Maahad Bahasa Arab dan Al-Quran (MABIQ) Kuantan yang dipercayai lemas di Sungai Kuantan, dekat berhampiran perumahan Sungai Isap Damai, di sini telah ditemui di permukaan sungai itu kira-kira jam 11 pagi tadi.
Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bagi mengesannya, mayat Alif Lokman Hakim Azam, 13, yang lengkap berpakaian itu timbul kira-kira 10 meter daripada lokasi kehilangan.
Mayat tersebut kelihatan timbul sejurus selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama pemimpin setempat turun ke sungai berkenaan dan melalui tempat tersebut bagi meninjau operasi SAR di kawasan berkenaan.
Terdahulu, kejadian berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 5.30 petang apabila mangsa tergelincir ketika sedang mencuci bajunya yang kotor selepas selesai memancing bersama lima rakannya dan adik lelakinya berusia lapan tahun.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor