Pages

Tuesday, October 11, 2016

[KUANTAN] LAHIR 14 JURULATIH FORENSIK


Lahir 14 jurulatih forensik


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menghentikan latihan berkaitan forensik di luar negara selepas berjaya melahirkan 14 jurulatih forensik bertaraf antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim, Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, agensi tersebut kini mempunyai jurulatih dalam kalangan anggota yang pakar dalam forensik Maritim dan pemeliharaan jenayah di tempat kejadian.

Menurutnya, sehubungan itu, Maritim tidak lagi menghantar pegawai dan anggota ke luar negara bagi menjalani latihan dalam bidang tersebut.

“Dalam menghadapi jenayah Maritim yang kini semakin mencabar, kita sememangnya memerlukan lebih ramai pakar terutama dalam forensik maritim yang merupakan bidang agak sukar.

“Justeru, dengan adanya jurulatih bertaraf antarabangsa ini, kita yakin dapat melahirkan lebih ramai pelapis bagi membantu menyelesaikan kes jenayah.

“Menyedari hakikat tersebut, Maritim akan memastikan setiap pegawai dan anggota dilengkapi dengan kemahiran serta ilmu termasuk penguatkuasaan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus International Basic Maritime Crime Scene Preservations (IBMCSP) di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas), semalam.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan dan Latihan Amsas, Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad.

Zulkifli berkata, kursus berkenaan adalah anjuran bersama Japanese Internasional Cooperation Agency (JICA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu disertai lima negara dengan penyertaan empat anggota Maritim.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor