Pages

Saturday, October 8, 2016

DAP SANGGUP POLITIKKAN PENDIDIKAN


Syahrin Md Jamaludin


Kuala Lumpur - Kelab Generasi Ilmu 1Malaysia membidas sikap DAP yang hanya mementingkan agenda politik dan sanggup menyelewengkan fakta demi kepentingan diri dalam isu Pusat Permata Negara (Permata).

Presidennya, Syahrin Md Jamaludin berkata, taktik licik DAP melalui 'lakonan' Adun Damansara, Yeo Bee Yin jelas tidak pernah ikhlas untuk menerima kebenaran di sebalik isu Permata yang mereka gembar gemburkan sebelum ini.

Menurut beliau, usaha Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor mengaturkan lawatan kumpulan YB Yeo ke Permata Kerinchi dengan niat untuk memberi penjelasan tentang pengurusan pusat berkenaan dialihkan isu oleh pemimpin DAP itu.

"Saya sendiri turut ikut lawatan itu dan memang saya dengar serta saksikan dengan dua Ahli Lembaga Pengarah Permata membentangkan secara terbuka mengenai pergurusan dan kewangan Permata seperti yang dipersoalkan sebelum ini.

"Namun hari ini mereka (DAP) pusing fakta pula tuduh Permata tak telus dalam berikan penjelasan. Nampak sangat DAP hanya main wayang dalam isu ini untuk kepentingan politik mereka," katanya.

Jelas Syahrin, perlakuan pemimpin DAP itu jelas menunjukkan mereka hanya penting kuasa politik dengan sanggup mengetepikan pendidikan anak-anak kecil di Permata yang perlu diutamakan.

Menurut beliau, rakyat sudah mendapat gambaran tentang watak sebenar DAP yang bercita-cita tinggi mahu memerintah negara ini.

"Kita sendiri dapat agak apa yang akan jadi kalau DAP jadi kerajaan, memang soal pendidikan pun akan jadi bahan politik mereka," katanya.

Syahrin juga mendedahkan ada dalam kalangan ahli rombongan YB semalam itu yang minta program Permata diperluaskan selepas mendapati banyak manfaat kepada pembangunan minda anak-anak kecil.

"Cubalah berlaku adil dalam aspek pendidikan geneasi baru ini. Bukan fikir politik semata-mata.

"Malahan Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod (Ahli Lembaga Pengarah Permata) sendiri sudah menjelaskan tiada batas jantina, ideologi mahupun kaum dalam pendidikan Permata," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor