Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang terpaksa menerima hakikat bahawa insan yang disayangi telah pergi buat selamanya selepas maut dalam kemalangan jalan raya.
“Allah pinjamkan awak untuk saya selama 2 tahun 1 bulan 11 hari sahaja, tak kan pernah saya lupa semua kenangan kita.. AL-FATIHAH,” tulisan Che Ros yang menceritakan kembali detik perkenalannya dengan tunang, Mohammad Khuzairi Boslim dalam laman Facebook hari ini.
Che Ros dalam coretannya menceritakan kembali detik perkenalan mereka melalui laman sosial Wechat yang pada awalnya ‘jual mahal’ di antara satu sama lain pada tahun 2013.
“Mula perkenalan kita di wechat.. Awak shake, saya shake pertama kali saya dapat orang senegeri + sedaerah. Masa pertama kali awak tegoq saya, saya layan tak layan ja awak time tu. Awak tak putus asa, awak still tegoq saya tapi respon saya tetap sama..,’ tulisnya.
Perkenalan dua insan dari utara tanah air ini akhirnya menjadi serius apabila Mohammad Khuzairi menyatakan hasrat untuk mengikat tali pertunangan selepas dua tahun mengenal hati budi masing-masing.
Bagaimanapun, perancangan pasangan ini untuk diijab kabul tidak kesampaian apabila Mohammad Khuzairi terlibat dalam kemalangan di lebuh raya di Sungai Dua, Pulau Pinang semalam.
Pada awalnya, Che Ros menganggap ianya gurauan namun ianya adalah benar-benar terjadi apabila melihat sendiri tunang yang bakal bernikah pada 11 November nanti terbujur kaku di hospital.
Berikut adalah luahan Che Ros dalam laman sosial yang dimuat naik hari ini diFacebook:
Pinjaman Untuk Sementara
Assalamualaikum….
2013 : Mula perkenalan kita di wechat.. Awak shake, saya shake pertama kali saya dapat orang senegeri + sedaerah. Masa pertama kali awak tegoq saya, saya layan tak layan ja awak time tu. Awak tak putus asa, awak still tegoq saya tapi respon saya tetap sama..
2014 : Sifat tak pernah putus asa awak tu buat saya mula rasa lain dengan awak. Kita mula rapat, saya rasa selesa dengan awak. 01/09/2014 (Isnin) dekat Taman Jubli pertama kali kita jumpa, tapi hanya sekadar kenalan. 02/09/2014 (Selasa) awak mula menyatakan hasrat untuk serius dengan saya lepas pertemuan kita untuk kali pertama. Saya dengan ikhlas terima hasrat awak untuk lebih serius dengan awak..
2015 : Kita makin serius dalam harungi liku² kehidupan. Baik & gaduh adat dalam perhubungan kan. Kita merancang awal tahun kita akan mengikat tali pertunangan, sehari sebelum hari lahir awak..
2016 : Alhamdulillah, 09/01/2016 (Sabtu) saya bergelar tunang awak & diikuti 10/01/2016 (Ahad) hari lahir awak. Kita macam pasangan lain jugak, harungi dugaan bertunang yang pelbagai. Awak seorang yang cool, layan kerenah saya yang macam² dengan penuh kesabaran. 16/10/2016 (Ahad) kita rancang nak pi hantaq borang nikah dekat pejabat agama, sebab 11/11/2016 (Jumaat) kita bakal bernikah. Dugaan orang bertunang, sedikit selisih faham, kita sama² berdiam diri.
13/10/2016 (Khamis) adik awak call bagitau yang awak kemalangan kat atas highway Sungai Dua, serius saya ingat hanya gurauan. Saya balik & bagitau family, depa suruh call lagi untuk kepastian jawapan tetap sama yang awak kemalangan. Family saya bergegas nak ke hospital termasuk saya yang drive sendiri sambil nangis² dengan ditemani anak nakan. Bila adik awak bagitau yang awak semakin teruk, saya lemah, saya tak boleh teruskan pemanduan saya & tukaq dengan anak nakan. Sampai saya dekat wad kecemasan, di bahagian zon merah penuh family awak dengan wajah kesedihan. Saya tak dapat tahan kesedihan bila tengok mak awak menangis sambil saya salam & peluk mak awak. Beberapa minit lepastu, doktor bagitau yang awak perlu jalani pembedahan segera sebab keadaan awak sangat kritikal. Bila abah awak dah luluskan untuk awak jalani pembedahan, beberapa minit kemudian doktor mai balik panggil mak & abah awak masuk.
Lama jugak mak & abah awak masuk, pastu depa keluaq & mak awak dalam keadaan begitu lemah bagitau yang awak sudah dijemput Ilahi. Saya tak boleh tahan sedih & betoi² terkejut & rebah ke lantai. Tubuh saya lemah, terkaku terbujur kat atas lantai & saya nampak semuanya hitam. Saya ditenangkan semua orang, ayaq mata nie tak henti mengalir walaupun dalam keadaan separuh sedar. Depa bagitau boleh masuk melawat sat, sementara tunggu proses yang seterusnya. Mak nakan awak & anak nakan saya papahkan saya untuk menatap wajah awak yang terakhir sebelum awak dimandikan & dikafankan.
Terduduk saya bila tengok wajah awak, wajah yang tenang dengan senyuman yang terukir. Maafkan saya sebab tak tengok wajah awak lama², saya semakin lemah hanya Allah saja yang tau perasaan saya masa tu. Saya dipapah keluaq, saya tak boleh jalan, saya lemah sangat lepas menatap wajah awak . Saya kembali di ruang menunggu & balik mandi siap² sebab nak ikut awak balik Sik. Saya kuatkan semangat, tabahkan hati untuk jalan sendiri & pi semula kat hospital. Kat situ penuh saudara mara awak tengah menatap wajah awak untuk kali terakhir.
Saya sekali lagi kuat untuk menatap wajah awak buat kali terakhir sebelum depa tutup wajah awak. Saya bagaikan tak percaya, wajah di depan mata saya tu wajah terakhir yang saya tatap . Selesai semua awak dibawa menaiki kereta jenazah & semua ramai² ikut kereta jenazah awak balik Sik. Sampai ja awak dekat Sik, terus awak disembahyangkan & terus dikebumikan dan dibaca talkin. Semoga awak ditempatkan di kalangan orang² yang beriman Mohammad Khuzairi Bin Boslim.. Aminnn. Allah pinjamkan awak untuk saya selama 2 tahun 1 bulan 11 hari sahaja, tak kan pernah saya lupa semua kenangan kita.. AL-FATIHAH.
Menerusi komen-komen di ruangan Facebook, ramai yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat baik hati.
Moga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Takziah buat keluarga dan tunang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor