Pages

Tuesday, September 13, 2016

UMNO BERI PENERANGAN ISU SEMASA KEPADA AKAR UMBI


Mustapa Mohamed


Tanah Merah - Badan Perhubungan Umno Kelantan akan memberikan penerangan kepada anggota akar umbinya berhubung isu semasa parti dan negara, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Beliau berkata penerangan sedemikian boleh membantu mereka daripada terus salah faham terhadap isu-isu yang berbangkit. 

"Kami perlu meningkatkan penerangan dan penjelasan berkaitan isu dibangkitkan sesetengah pihak agar ahli Umno memahami keadaan sebenar dan tidak mendengar fakta yang diselewengkan," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidiladha Parlimen Jeli di kediamannya di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sekiranya isu itu tidak selesai, selagi itulah ia dibangkitkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. 

Beliau berkata,Umno Kelantan juga tidak mengambil mudah perkembangan politik semasa terutamanya selepas penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor