Pages

Saturday, September 10, 2016

UJIAN NUKLEAR KELIMA


Ujian nuklear kelima


Pyongyang - Korea Utara menjalankan ujian nuklear kelima dengan impak letupan lebih kuat daripada bom digugurkan di Hiroshima, di bawah tindakan provokasi terbaru yang turut mencetuskan kemarahan negara antarabangsa.

Pyongyang mengesahkan ia telah berjaya melancarkan ujian kepala peledak nuklear bertujuan untuk menangkis ancaman musuh mereka iaitu Amerika Syarikat (AS).

"Para saintis nuklear kami melakukan ujian itu dengan menggunakan peledak nuklear yang baru dibangunkan di kawasan utara," memetik kata pemberita negara itu.

Pengesahan itu dibuat selepas Seoul percaya Pyongyang telah melancarkan ujian nuklear baharu yang disifatkan paling besar setakat ini hingga mencetuskan 'gempa bumi buatan'.

Agensi Meteorologi Korea Selatan memaklumkan gegaran berkekuatan 5.3 skala Richter itu dikesan berhampiran kawasan ujian nuklear Punggye-ri di Korea Utara.

"Letupan 10 kilo tan itu hampir dua kali ganda lebih kuat daripada ujian nuklear keempat dan impaknya adalah kurang sedikit daripada ledakan bom di Hiroshima iaitu 15 kilo tan," kata wakil agensi itu, Kim Nam-Wook.

Sementara itu, Rumah Putih di Washington dalam reaksinya memaklumkan ia sedang menilai letupan di kawasan ujian nuklear Korea Utara, namun tidak mengesahkan sama ada ujian nuklear telah dilakukan atau tidak.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor