Jakarta - Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan telah menahan seorang lagi lelaki yang terlibat merancang untuk menembak menggunakan roket ke Marina Bay dari Batam, Indonesia, Ogos lalu.
Suspek berusia 24 tahun yang hanya dikenali sebagai LH itu dipercayai ahli gerakan Katibah Gigih Rahmat (KGR) yang diketuai oleh Gigih Rahmat Dewa.
Gigih, 31, didakwa telah merancang plot serangan ke atas Marina Bay di bawah arahan Bahrun Naim, seorang militan Indonesia yang dipercayai berjuang untuk militan Daesh.
Jurucakap polis, Agus Rianto berkata, LH yanf tidak bekerja ditahan di sebuah kafe internet berdekatan kediamannya pada Ahad lalu.
"Sama seperti ahli KGR yang lain, dia menjalani latihan ketenteraan sebagai persiapan sebelum ke Syria," katanya seperti yang dipetik menerusi portal antarabangsa Strait Times.com.
Pihak polis dan agensi-agansi kerajaan Singapura telah meningkatkan tahap keselamatan negara itu, selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) negara republik itu, mengesahkan bahawa enam suspek pengganas Indonesia, ditahan atas satu plot merancang untuk menembak menggunakan roket ke Marina Bay dari Batam, Indonesia.
"Sebagai tindak balas kepada ancaman ini pihak polis dan agensi-agensi kerajaan lain telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sempadan dan dalam negara," kata seorang jurucakap kementerian itu, 5 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor