Pages

Friday, September 23, 2016

RAKYAT SABAH TOLAK PARTI BERMUSIM


Rahman Dahlan


Kota Kinabalu - Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus berjuang berlandaskan kepentingan rakyat dan negeri itu, kata Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan. 

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat Sabah akan menolak mana-mana parti yang muncul secara bermusim, lebih-lebih lagi jika parti berkenaan diwujudkan atas kepentingan peribadi. 

"BN Sabah pada masa yang sama akan sentiasa memantau sama ada dasar dan kenyataan daripada mereka (pemimpin parti baharu) bercanggah dengan apa yang dilaung-laungkan semasa mereka berada dalam BN," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas langkah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menerajui sebuah parti politik tempatan Sabah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Katanya rakyat Sabah sudah tentu berhak mempersoalkan integriti, konsistensi dan prinsip mereka yang sentiasa berubah-ubah sekiranya kenyataan mereka kelak bercanggah dengan kenyataan-kenyataan mereka semasa berada dalam BN.

"Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya," tegasnya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor