Pages

Wednesday, September 7, 2016

RAKYAT JANGAN TERPEDAYA SANDIWARA ANWAR, MAHATHIR




Kuala Lumpur – Semua pihak terutama ahli UMNO perlu menyedari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya sedang bermain sandiwara demi kepentingan politik masing-masing.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, sokongan Mahathir ke atas Anwar untuk menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 di Mahkamah Tinggi baru-baru ini adalah demi agenda politiknya.

“Kesungguhan Anwar dalam menentang setiap tindakan kerajaan pula dilihat lebih terdesak hingga sanggup untuk memilih seterunya sendiri yang pernah disabitkan tuduhan seksual dan seks di luar tabii.

“Mungkin inilah yang dikatakan sebuah sandiwara seperti mana pelakon-pelakon hebat memenangi anugerah sehingga mampu membuatkan kita percaya bahawa lakonan mereka adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir semalam hadir di Mahkamah Tinggi kononnya bagi memberi sokongan ke atas usaha Anwar menentang Akta MKN 2016 dan mereka turut dilihat bersalaman mesra.

Ramai pihak bagaimanapun berpandangan kehadiran Mahathir di Mahkamah Tinggi bagi memberi sokongan kepada Anwar baru-baru ini sebagai langkah terdesak bekas Perdana Menteri tersebut.

Ia dilakukan demi kepentingan politik selepas Mahathir menyedari segala usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diluar batas demokratik tidak berjaya.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Anwar juga dipecat daripada UMNO.

Anwar kemudian dikenakan pertuduhan berkaitan rasuah dan meliwat. Beliau dihukum enam tahun penjara pada 1999 berhubung empat tuduhan rasuah.

Beliau dibebaskan pada 2 September 2004 hanya selepas Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan diganti Oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar bagaimanapun kembali dihukum penjara selepas didapati salah mengulangi perbuatan liwat ke atas seorang lelaki lain.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor