Georgetown - Polis menerima lapan laporan polis daripada pekerja wanita sebuah kilang baju di Jalan Sungai Pinang, Jelutong di sini berhubung kejadian culik sejak 28 hingga 30 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan terperinci yang dijalankan, polis mendapati terdapat percubaan culik daripada beberapa lelaki yang datang dengan kereta atau van dengan cuba menarik pekerja menaiki kenderaan berkenaan.
"Kami telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan kilang itu dan menemui beberapa keterangan serta petunjuk yang dapat membantu siasatan kes berkenaan," katanya di sini semalam.
Katanya, pihak polis turut meningkatkan rondaan di sekitar kawasan Jalan Sungai Pinang bagi menjaga keselamatan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Mior Faridalathrash berkata kes itu sedang disiasat menurut Seksyen 363 dan 511 Kanun Keseksaan dan pihak polis juga mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau suspek yang terlibat dengan menyalurkan maklumat ke talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Kejadian cubaan culik pekerja kilang itu menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp hari ini dan mereka mendakwa hampir menjadi mangsa penculikan dengan suspek memberhentikan kereta sebelum menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor