Shah Alam – Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di beberapa stesen terpaksa menghadapi kelewatan berikutan daripada gangguan bekalan elektrik dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.
Disebabkan masalah itu, para pengguna terpaksa bersesak di stesen Masjid Jamek pada pagi ini sehingga kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.
Difahamkan, buat masa ini, pasukan teknikal masih meneruskan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik bagi keseluruhan laluan terlibat.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan di Facebook, Rapid KL turut memaklumkan bahawa terdapat perkhidmatan bas ulang-alik disediakan bagi memudahkan para pengguna yang terkandas ekoran daripada insiden tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor