Laman rasmi perkhidmatan atas talian e-LESEN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini digodam pihak tidak bertanggungjawab yang memperkenalkan diri mereka sebagai AnonGhost Caliphate.
Perkara itu disedari sejak awal pagi tadi apabila cubaan untuk mengakses elesen.dbkl.gov.my hanya memperlihatkan tulisan “Website Hacked By AnonGhost Team!~~ Death to Israel~~ Viva Hamas, Qassim.”
Lantas, ia memberi gambaran bahawa tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh pihak kumpulan militan Negara Islam (Daesh).
Buat masa ini, laman perkhidmatan atas talian tersebut ditutup sementara waktu untuk penyelenggaraan.
Bagaimanapun, tinjauan Mynewshub mendapati laman utama milik DBKLwww.dbkl.gov.my masih boleh diakses seperti biasa.
Ini merupakan kejadian kali pertama melibatkan laman DBKL digodam yang mana mungkin berpunca daripada tindakan menaikkan caj ruang parkir kenderaan di Kuala Lumpur yang melonjak sehingga 150 peratus.
Sehingga berita ini disiarkan, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak DBKL berhubung perkara ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor